Search This Blog

Thursday, August 11, 2016

15 PATI ditahan | Harian Metro

15 PATI ditahan | Harian Metro:



Besut: Lima belas pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di kawasan perusahaan keropok di Kuala Besut dan tapak pembinaan di Kuala Nerus, hari ini.
Operasi bersepadu yang dijalankan bermula 10 pagi hingga 6 petang itu membabitkan 30 anggota termasuk daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Terengganu, Mohd Muda berkata, 40 pekerja warga asing diperiksa dalam operasi yang tertumpu di kawasan perusahaan membuat keropok di Kuala Besut manakala 11 orang lagi diperiksa di tapak pembinaan di Kuala Nerus.
"Hasil pemeriksaan itu, kami menahan 15 PATI berusia antara dua hingga 47 tahun kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) 1959/63 dan Seksyen 39 Akta Imigresen 1963," katanya.
Menurutnya, kesemua PATI ditahan berasal dari Thailand, Indonesia dan Myanmar dan kemudiannya dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 11:36 PM
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment