Search This Blog

Wednesday, July 20, 2016

Tali gantung balasan racun tiga beranak | Harian Metro

Tali gantung balasan racun tiga beranak | Harian Metro:





 "BERNAMA
Shah Alam: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah membunuh tiga beranak dengan memberi mereka minuman beracun dalam satu upacara sembahyang di Kajang, empat tahun lalu. 






Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, K Murugan, 46, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Sebanyak 39 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.



 Tertuduh didakwa membunuh M Sakunthala, 64, dan dua anaknya, K Rajeswary, 29, dan K Manivannam, 33, di rumah No: 2, Jalan Melur 2, Taman Sri Ramal, antara 31 Mac 2012, kira-kira 10.30 malam dan 1 April 2012, kira-kira 2.30 pagi.

Dia di tuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.



 Hakim Ghazali turut memerintahkan Murugan dipenjara 30 tahun selepas mendapati tertuduh bersalah terhadap dua lagi pertuduhan memberi minuman mengandungi racun Paraquat yang boleh menyebabkan kematian suami Sakunthala, M Karuppanan, 66, (ketika kejadian) dan anak perempuannya, K Malati, 32, (ketika kejadian) di tempat, masa dan tarikh yang sama.



 Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Hakim Ghazali memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 18 April 2012.



 Media sebelum ini melaporkan tiga beranak itu mati dipercayai terminum susu bercampur racun yang diberikan seorang lelaki yang mendakwa boleh mengubati masalah mereka.

Lelaki itu didakwa melarikan diri setelah mencuri beberapa barangan berharga, termasuk barang kemas, selepas membakar rumah itu dengan "memasang silinder gas di dapur".
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 7:15 PM"



'via Blog this'

No comments:

Post a Comment