Search This Blog

Loading...

Tuesday, July 5, 2016

Serangan di pub angkara IS



Dua anggota polis yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas IS ditangkap di Pulau Pinang dan Kedah dalam operasi pada 28 Jun hingga 1 Julai lalu.


KUALA LUMPUR – Serangan bom tangan di pusat hiburan Movida di Puchong Jaya, Selangor yang mencederakan lapan pengunjung yang sedang menonton pertandingan bola sepak Euro 2016 pada 28 Jun lalu disahkan dilakukan oleh pengganas Islamic State (IS).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasil siasatan menyeluruh, Polis Diraja Malaysia mendapati IS bertanggungjawab dalam insiden keganasan itu dan sekali gus menjadikan kejadian tersebut sebagai serangan pertama oleh kumpulan berkenaan di negara ini.
Menurut beliau, polis mendapati dua lelaki yang melakukan sera­ngan menggunakan bom tangan itu mendapat arahan daripada wakil pengganas IS di Syria yang merupakan warga Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.
Arahan Wanndy itu dilakukan melalui laman sosial dan serangan pertama di Puchong Jaya itu turut dimaklumkan kepada Wanndy.
Susulan itu, Khalid membe­ritahu, polis menerusi operasi khas bermula 28 Jun hingga 1 Julai lalu menahan 15 lelaki warga tempatan termasuk dua pe­nyerang di pusat hiburan Movida.
Kedua-dua lelaki yang memba­ling bom di Movida ditangkap di Klang, Selangor dan mereka be­kerja di sebuah kilang.
“Kesemua 15 suspek yang terpe­ngaruh dengan ideologi IS itu berusia 19 hingga 52 tahun.
“Daripada 15 pengganas itu, tujuh ditahan di Kedah, empat di Selangor, dua di Kuala Lumpur dan masing-masing seorang di Melaka dan Pulau Pinang,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4DTsMz0gE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment