Search This Blog

Friday, July 8, 2016

Mengantuk punya pasal...



izlaily@hmetro.com.my
FOTO ihsan bomba
Kota Tinggi: Suami isteri maut, manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM24.5, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Johor, pagi tadi.
Dalam kemalangan jam 9.38 pagi itu, sebuah Nissan Grand Livina yang menghala ke Sungai Rengit bertembung dengan tiga kereta iaitu Toyota Vios, Toyota Avanza dan Proton Preve yang menghala ke Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa, Abdullah Asri @ Amat, 60, bersama isterinya, Mariyatul Batang, 51, yang menaiki Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala, katanya, seorang lagi penumpang dalam kenderaan itu serta pemandu Nissan Grand Livina dan pemandu Toyota Avanza mengalami kecederaan parah.
"Kemalangan berlaku apabila Nissan Grand Livina masuk ke laluan bertentangan dipercayai akibat pemandunya yang mengantuk.
"Kejadian itu menyebabkan dia bertembung dengan tiga lagi kenderaan dari arah bertentangan termasuk kereta dipandu mangsa," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2016 @ 4:24 PM

No comments:

Post a Comment