Search This Blog

Friday, July 8, 2016

Lelaki maut bertembung kereta

am@hmetro.com.my
MANGSA yang maut di lokasi kejadian. FOTO Rosli Ilham
Kemaman: Buruh maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta di laluan bertentangan dalam kejadian di Kilometer 12,Jalan Mak Chili-Ibok, di sini, tengah hari tadi.
Mangsa, Mohd Nasir Mohd, 32, beralamat di Kampung Geliga di sini, maut di tempat kejadian selepas parah di kepala, kira-kira jam 1 tengah hari.
Ketika kejadian, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Ibok menghala ke Mak Chili tetapi sebaik tiba di Jambatan Kampung Yak Yah, motosikal jenis Demak ditungganginya dipercayai hilang kawalan lalu masuk kelaluan bertentangan.
Susulan itu, motosikal mangsa merempuh bahagian sisi kanan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova dipandu lelaki berusia 30 tahun sebelum melanggar Honda Civic yang dipandu seorang jurutera berusia 29 tahun yang datang dari arah bertentangan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat. Kedua-dua pemandu kereta yang juga berasal dari Kemaman tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2016 @ 7:21 PM

No comments:

Post a Comment