Search This Blog

Tuesday, July 5, 2016

Dua lelaki tak mengaku rompak, cederakan gadis





Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
KUALA LUMPUR – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan merompak dan mencederakan seorang pelajar kolej perempuan bulan lalu.

Muhammad Hazrool Haziq Ramli, 21, dan Mohammad Shafiq Asyraaf Mohamed Salim, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Muhammad Hazrool merupakan peniaga satay manakala Mohammad Shafiq adalah peniaga buah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh merompak Angelin Chew Hsia, 20, selain turut mencederakan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan kedua-dua mereka di hadapan pos pengawal gereja Holy Rosary, Jalan Tun Sambanthan, di sini pada pukul 12.20 tengah hari pada 10 Jun lalu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini Anne tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dengan sebab kesalahan yang dilakukan mereka adalah serius.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam bela mereka Azi Azlin Zulkifli memohon mahkamah membenarkan tertuduh dijamin dengan alasan tertuduh ingin beraya bersama keluarga masing-masing.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz4DTsHyBRE
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment