Search This Blog

Loading...

Tuesday, July 5, 2016

7 sekeluarga temui ajal serentak



ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang semalam.


GUA MUSANG – Kegembiraan dua buah keluarga seramai lapan orang pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman bertukar tragedi apabila kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan empat buah kenderaan di Kilome­ter 12, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi itu, hanya seorang mang­sa, Mohd. Akil Aliyuddin Mohd. Amin Firdaus, 3 , yang terselamat dalam kejadian tersebut apabila cuma patah kaki kanan.
Antara yang maut ialah pemandu kereta Myvi, Mohd. Amin Firdaus Zakaria, 29, isterinya, Mursyida Ahmad Latfi, 29, dan anak mereka, Nur Hana Jannati Mohd. Amin, 5 bulan.
Sebuah lagi keluarga terbabit yang menaiki kereta yang sama ialah Norazami Mahat, 41, dan isterinya, Munira Ahmad Latfi, 29, yang merupakan saudara kembar kepada Mursyida serta dua anak mereka, Raudatul Shazwina Norazami, 4, dan Mohd. Rifqi Norazami, 3 bulan.
Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kubang Badak, Kota Jembal, Kota Bharu.
Sementara itu, mangsa yang cedera ringan ialah penumpang Perodua Alza iaitu Wan Mohd. Khairi Wan Hanafi, 25, Nurul Thasnim Jamaluddin, 25 dan Atifah Liyana Mohd. Azalan, 23. Dua lagi mangsa yang terselamat menaiki sebuah lagi Perodua Myvi berwarna putih, Rofa Ismail, 37, dan Muhamad Fitri Md. Saat, 21.
Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail, kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang datang dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4DTr1VaRZ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment