Search This Blog

Loading...

Sunday, June 19, 2016

Pasangan suami isteri diculik dan dibunuh


19 Jun 2016 9:55 PM

ISLAMABAD 19 Jun - Seorang wanita yang sedang sarat mengandung dan suaminya diculik sebelum ditembak mati oleh ahli keluarga yang tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka, kata polis hari ini.
Seorang pegawai kanan polis, Malik Waris berkata, pasangan itu dibunuh di kawasan perkampungan Thikriwala dalam wilayah Punjab Rabu lalu sebelum mayat mereka dijumpai terdampar berhampiran sebuah terusan.
Menurut Malik, kedua-dua mangsa, Aqsa Bibi dan Shakeel Ahmed masing-masing berusia 22 dan 26 tahun bekerja di sebuah farmasi tempatan.
Katanya, pasangan terbabit dipercayai telah bernikah dengan kebenaran mahkamah kira-kira empat tahun lalu. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pasangan-suami-isteri-diculik-dan-dibunuh-1.344587#sthash.xEQ7ZmAn.dpuf

No comments:

Post a Comment