Search This Blog

Thursday, June 30, 2016

NegaRemaja kerat kaki Mek Som dijelra







Kosmo! Online - Negara: "Mohd. FIKRI dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Pasir Mas di Kelantan semalam selepas dijatuhi hukuman penjara.

PASIR MAS – Perbuatan tidak berhati perut seorang remaja memotong pergela­ngan kaki warga emas itu mendapat balasan apabila dia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba awal Julai ini dalam penjara.

Ini berikutan Mahkamah Se­syen di sini semalam menjatuhi hukuman penjara 11 tahun ke atas Mohd. Fikri Noor Rosland, 19, yang sebelum ini menggemparkan penduduk daerah ini kerana bertindak kejam mengerat pergelangan kaki kiri Mek Som Mat Diah, 89.

Hakim Dazuki Ali memutuskan hukuman tersebut selepas Mohd. Fikri mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba membunuh warga emas itu dengan cara memotong kaki kiri mangsa sehingga putus menggunakan sebilah mata pisau tanpa hulu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Tanjong Rendang, Lemal di sini pukul 5 petang pada 19 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum sehingga 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haslida Isamail manakala tertuduh tidak diwakili peguam malah ahli keluarganya juga tidak kelihatan di mahkamah.

Dalam rayuannya, tertuduh yang bekerja sebagai tukang rumah itu meminta agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya."



'via Blog this'

No comments:

Post a Comment