Chang Yoong Siong, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zarifah Zainal Abidin.
Lelaki itu didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas melakukan perbuatan tersebut membabitkan mangsa berusia antara 17 hingga 29 tahun bagi maksud eksploitasi seks di rumah No. B3-17-36, Kepong Sentral Kondominium, Jalan Puncak Desa 2, Taman Puncak Desa, Kepong, Gombak, kira-kira pukul 10 malam, 20 Mei lalu.
Dia yang bekerja sendiri mengikut Seksyen 12 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang masing masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan 15 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Zarifah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM96,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan dia perlu melapor diri dua kali setiap bulan di balai polis terdekat. - UTUSAN ONLINE