Search This Blog

Loading...

Saturday, June 11, 2016

Lelaki, anak tiri rentung kereta meletup

JUMAAT, 10 JUN 2016 @ 8:53 PM
Oleh Azri Onn Othman bhnews@bh.com.my






 ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa rentung di Jalan Tanjung Bendera, Labuan. - Foto ihsan Bomba Labuan

LABUAN: Dua termasuk budak lelaki berusia lima tahun rentung selepas kereta yang mereka naiki tiba-tiba meletup di Jalan Tanjung Bendera, dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu jam 12 tengah hari, pemandu Proton GEN2, Yunus Japar, 39, dari Kampung Patau-Patau 2 di sini, dan anak tirinya, Mohammad Darwisy Haiman, ditemui rentung dengan kesan terbakar 90 peratus pada keseluruhan badan.

 Difahamkan, kenderaan dinaiki mereka tiba-tiba meletup pada bahagian belakang sebaik melalui lokasi berkenaan menyebabkan cermin kereta bertaburan di atas jalan.

Pemandu itu dipercayai cuba keluar sejurus kemalangan itu namun tidak berjaya sebelum satu lagi letupan berlaku menyebabkan kenderaan itu terbakar dengan kedua-dua mangsa terperangkap.

Usaha orang ramai mengeluarkan mereka juga tidak berjaya sebelum api dipadamkan anggota bomba yang tiba 10 minit kemudian namun tidak sempat menyelamatkan kedua-dua mangsa.

 Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman, berkata siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa meletup sendiri, namun punca sebenar masih disiasat. Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga mereka untuk pengebumian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/162937

No comments:

Post a Comment