Search This Blog

Friday, June 24, 2016

Jururawat Jerman mengaku bunuh 33 pesakit


AP - GAMBAR fail bertarikh 9 Disember 2014 menunjukkan jururawat lelaki Niels menutup mukanya di sebuah mahkamah di Oldenburg, Jerman.


BERLIN – Seorang jururawat Jerman yang dipenjara seumur hidup selepas membunuh dua pesakit sebelum ini disiasat kerana dipercayai turut menyebabkan sekurang-kurangnya 33 lagi kematian, kata pasukan penyiasat kelmarin.
Malah, menurut pasukan penyiasat, lelaki tersebut turut mengaku telah membunuh lebih ramai pesakit.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Niels H, 39, dipenjara seumur hidup pada Februari 2015 selepas didapati bersalah atas dua tuduhan membunuh dan tiga cubaan membunuh pesakit di unit rawatan rapi.
Sebelum ini, dia mendakwa telah membunuh lebih 30 pesakit dengan suntikan maut di hospital Delmenhorst di bandar Bremen, utara Jerman yang akan menjadikannya salah seorang pembunuh bersiri terburuk di negara itu selepas perang.
Analisis yang dijalankan ke atas 99 pesakit yang meninggal dunia dan digali semula di Delmenhorst menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 33 daripadanya dibunuh oleh jururawat itu melalui suntikan maut, kata penyiasat lagi.
Bagaimanapun tambah mereka, Niels turut mengaku membunuh lain-lain pesakit di hospital berhampiran termasuk di Klinik Oldenburg tanpa memberi sebarang angka.
“Apa yang boleh kami katakan, kisah seram ini masih belum berakhir,” kata Ketua Polis Oldenburg, Johann Kuehme.
Kes mengerikan itu bermula pada 2005, apabila rakan sekerja menyaksikan Niels menyuntik pesakit di hospital Delmenhorst.
Tetapi, pesakit itu selamat dan Niels ditahan. Pada 2008, dia dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun setengah atas percubaan membunuh. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4CRZtgG3Z 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment