Search This Blog

Loading...

Thursday, June 30, 2016

Gadis mangsa ragut parah jatuh motosikal





Kosmo! Online - Negara: "Oleh NORLIDA AKMAR IDROS



 MANGSA cedera parah selepas begnya diragut seorang penunggang motosikal di hadapan bazar Ramadan Jalan Kuala Sungai, Alor Setar semalam. 




ALOR SETAR – Seorang gadis berusia 25 tahun cedera parah akibat terjatuh dari motosikal selepas beg miliknya diragut seorang penunggang motosikal lain dalam kejadian di hadapan bazar Ramadan Jalan Kuala Sungai di Alor Janggus di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu berlaku ketika mangsa, Nor Ruzanna Shamsudin dalam perjalanan ke tempat kerjanya di pasar raya besar Tesco di Mergong di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin memberitahu, kejadian berlaku apabila seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal yang tidak dapat dikenal pasti menunggang menghampiri motosikal mangsa sebelum meragut beg milik gadis itu.

“Akibat kejadian itu, mangsa gagal untuk mengawal motosikal menyebabkan dia terjatuh dan mengalami kecede­raan pada kepala, luka dan bengkak pada muka serta luka pada tangan dan kaki.

“Mangsa yang cedera kemudian ditemui pengguna jalan raya terbaring menahan kesakitan sebelum orang ramai bertindak menghungi ambulans dan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam."



'via Blog this'

No comments:

Post a Comment