“Perniagaan ini amat melampau dan kejam yang melibatkan urusniaga berbilion-bilion dolar,” kata Ketua UNICEF di Filipina, Lotta Sylwander.
Beliau menggesa pembekal internet supaya menyertai usaha memerangi jenayah ini, dan menambah kata, institusi kewangan boleh membantu untuk menjejak penjenayah terbabit dengan mengesan pembayaran yang mencurigakan.
Menurutnya, UNICEF mendapati Filipina merupakan negara nombor satu sumber pornografi kanak-kanak, dan pusat perdagangan perhambaan seksual.
Sylwander berkata, kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun dipaksa melakukan seks beberapa kali dalam sehari di hadapan kamera selama satu jam untuk siaran atas talian, kerana pembeli terbabit berada di zon atas talian yang berbeza-beza.
“Mereka disuruh oleh ibu bapa mereka sendiri atau keluarga terdekat dan mungkin dilakukan di rumah mereka sendiri,” kata Sylwander, sambil menambah kata, kanak-kanak itu tidak berdaya untuk melawan.
Pedofilia memindahkan wang dan memberi arahan apa yang mereka mahu saksikan. Dalam banyak kes, kanak-kanak itu dipergunakan oleh orang lain, tetapi ada juga kes di mana ibu bapa kanak-kanak itu sendiri mendera anak mereka atau kanak-kanak itu mendera satu sama lain.
Sylwander berkata, Filipina menerima 7,000 laporan tentang jenayah siber setiap bulan, dengan separuh daripadanya berkaitan penderaan seksual membabitkan kanak-kanak.
– REUTERS