Remaja itu termasuk dua lelaki berumur 20 dan 24 tahun dituduh membunuh Enno Fariah, 18, di dalam bilik asramanya di Tangerang, barat daya Jakarta pada Mei lalu.
Dua lagi suspek akan dihadapkan ke mahkamah kemudian.
Berpuluh-puluh orang berkumpul di luar Mahkamah Daerah Tangerang hari ini, me­nuntut defendan dijatuhi hukuman mati.
Perbicaraan diadakan secara tertutup kerana defendan masih di bawah umur.
Kes tersebut adalah yang ke­dua melibatkan rogol dan bunuh yang mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat di negara ini.
Pada awal April, mayat seorang gadis berusia 14 tahun ditemukan dengan tangan diikat di kawasan kebun getah di Kampung Kasiah Kasubun, wilayah Bengkulu, barat Indonesia.
Siasatan mendapati, Yuyun dirogol oleh 14 orang lelaki termasuk tujuh yang berumur di bawah 18 tahun. – DPA