Search This Blog

Saturday, June 11, 2016

Besi pembahagi jalan tembus kereta


Norasikin Daineh

norasikin_daineh@hmetro.com.my


Tawau: Seorang wanita nyaris maut selepas kereta yang dipandunya merempuh pembahagi jalan sehingga besi pembahagi jalan itu menembusi keretanya di Batu 6, Jalan Apas, pagi tadi


Dalam kejadian 6.55 pagi itu, Esther Kwe Chai Lean, 33, difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau sebelum terbabas di laluan terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kemalangan membabitkan seorang wanita yang memandu kenderaan jenis Perodua Kelisa dalam perjalanan dari arah Bandar Tawau menuju ke Jalan Apas.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.

"Mangsa cedera dan mendapat rawatan di Hospital Besar Tawau. Kenderaan mangsa pula rosak teruk kerana besi pembahagi jalan menembusi keretanya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

€Ž

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2016 @ 2:49 PM

KEADAAN kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Batu 6 Jalan Apas, Tawau, pagi tadi. FOTO ihsan pembaca

No comments:

Post a Comment