Search This Blog

Loading...

Saturday, June 11, 2016

Ajal mendulang emas



Mohammad Ishak

am@hmetro.com.my


Setiu: Wanita warga Thailand maut selepas tertimbus tanah ketika sedang mendulang emas dalam kejadian Sungai Peringkat Tiga, Felda Chalok, Setiu, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Miss Mariya Maae, 30, dikatakan sedang mencari emas untuk belanja Ramadan dan Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Elias Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama dua lagi ahli keluarga pergi ke tempat kejadian kira-kira jam 9.45 pagi untuk menjalankan aktiviti menggali dan mendulang emas.

"Bapa tiri mangsa, Lateh Yakub, 65, peneroka di tanah rancangan berkenaan yang turut serta menggali emas menyedari kejadian itu dan berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira jam 2 petang.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Setiu tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan iaitu kira-kira jam 2.30 petang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2016 @ 3:06 PM

LOKASI kejadian. FOTO Mohammad Ishak

No comments:

Post a Comment