Search This Blog

Loading...

Saturday, June 11, 2016

5 perogol wanita Denmark kena jel seumur hidup

JUMAAT, 10 JUN 2016 @ 10:47 PM

 TIGA daripada lima tertuduh yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana merogol seorang pelancong wanita dari Denmark di kawasan tumpuan pelancongan New Delhi pada 2014. - Foto AP NEW

DELHI: Mahkamah New Delhi, hari ini menjatuh hukuman penjara seumur hidup terhadap lima lelaki kerana merogol seorang pelancong wanita dari Denmark di kawasan tumpuan pelancongan New Delhi pada 2014, kes yang mencetuskan kebimbangan mengenai keganasan seksual terhadap wanita di India.

 Semua tertuduh berusia 20-an didapati bersalah pada Isnin lalu kerana merompak dan merogol mangsa, 52, di kawasan sunyi berhampiran landasan stesen kereta api New Delhi. "Kelima-lima pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup," kata pendakwa raya, Atul Shrivastava.

Ketika kejadian, mangsa bertanya arah jalan kepada sekumpulan lelaki ketika melalui lorong sempit yang dipenuhi dengan hotel murah di daerah Paharganj Delhi pada 14 Januari 2014.

 Lelaki berkenaan memaksa wanita itu ke kawasan sunyi di landasan kereta api New Delhi, merompak sambil menghala pisau ke arahnya, kata pendakwa.

Sembilan tertuduh termasuk tiga lelaki bawah umur, dibicarakan di mahkamah berasingan, manakala suspek keempat meninggal ketika masih dalam perbicaraan. Peguam bela, D K Sharma berkata, empat tertuduh akan membuat rayuan terhadap hukuman itu.

Sebelum ini masyarakat India gempar dengan kejadian seorang pelajar wanita yang dirogol secara beramai-ramai di dalam bas pada Disember 2012.

Kejadian itu mencetus kemarahan orang ramai dan pihak berkuasa dituduh gagal melindungi wanita, selain menggalakkan kerajaan untuk menggubal hukuman penjara lebih tegas terhadap perogol. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/162962

No comments:

Post a Comment