Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin mengeluarkan perintah itu selepas tertuduh, Mahbut Yaacob, 53, dan bapa kedua-dua mangsa bersetuju menyelesaikan perkara tersebut secara baik.
Tertuduh dikenakan kompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan iaitu memukul, menampar dan memijak tubuh dua pelajar tingkatan empat terbabit. - UTUSAN ONLINE