ganja
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah, Superintenden Mohamed Fadzil A. Rahman berkata, lelaki tempatan berumur 28 tahun itu ditahan pukul 5 petang Selasa lepas ketika menerima kotak berkenaan yang mengandungi tujuh bungkusan besar dan satu bungkusan kecil mengandungi ganja seberat kira-kira 7kg.
Menurutnya, dadah itu dianggarkan bernilai RM63,000 dan dipercayai dihantar dari Kuala Lumpur untuk pasaran tempatan.
"Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati positif. Dia juga tidak mempunyai rekod jenayah.
"Suspek direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Susulan penahanan lelaki itu, Mohamed Fadzil berkata, JSJN bersama Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman turut menyita tiga kenderaan bernilai RM128,500 iaitu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax, Perodua Viva dan motosikal Kawasaki KLX150 di rumah suspek di Penampang dekat sini. - BERNAMA