Search This Blog

Saturday, May 14, 2016

Tercampak tengah jalan selepas lori bertembung

Kota Tinggi: Seorang pemandu lori membawa muatan alat ganti, Mohamad Hanif Mohd Kamal, 27, meninggal dunia selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lagi lori di Kilometer 40.5, Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat sini, jam 4 petang kelmarin.
Mohamad Hanif dari Masai, Johor Bahru meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori Mitsubishi Canter dipandu mangsa menghala ke Johor Bahru hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
“Ia mengakibatkan lori bertembung dengan lori simen hingga mangsa tercampak ke jalan raya,” katanya semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mei 2016 @ 5:17 AM


LORI remuk di bahagian pemandu. Gambar kecil, mangsa.

No comments:

Post a Comment