Search This Blog

Loading...

Sunday, May 22, 2016

Tanah runtuh: 150 dikhuatiri masih terperangkap

 Tanah runtuh: 150 dikhuatiri masih terperangkap

19 MEI 2016 COLOMBO - SRI LANKA. Sekurang-kurangnya 150 dikhuatiri masih terperangkap di bawah lumpur dan runtuhan akibat kejadian dua tanah runtuh di sini dan harapan menemui mangsa masih hidup tipis ekoran hujan lebat berterusan yang menghalang operasi menyelamat.
Memetik laporan Reuters, angka kematian bencana itu meningkat kepada 41 orang dan hujan lebat memaksa lebih 300,000 orang terpaksa berpindah dari kediaman masing-masing.
18 mayat berjaya dikeluarkan dari runtuhan setakat ini.
Angka itu mungkin meningkat dengan ketara kerana pihak berkuasa berdepan kesukaran menghadapi keadaan berlumpur bagi mencari 134 yang terperangkap di runtuhan pertama manakala 16 lagi di runtuhan kedua.
"Saya tidak terfikir ada yang terselamat," kata Pegawai bertangungjawab dalam operasi menyelamat, Mejar Jeneral Sudantha Ranasinghe.
"Terdapat tempat yang ditengalami lumpur sedalam sehingga 30 kaki namun kami akan melakukan yang terbaik," ujarnya.
Usaha menyelamat ditumpukan di bandar Aranayaka, 100km timur laut Colombo di mana tiga buah kampung tertimbus.‎
Pengawai tentera menggunakan cangkul dan penyodok bagi mengalihkan lumpur bagi mencari mangsa dan hujan lebat menyukarkan operasi menyelamat.
Sementara itu, pihak berkuasa pengurusan bencana berkata, 300,000 orang dipindahkan ke 610 lokasi yang selamat.
Pasukan tentera menggunakan bot dan helikopter dalam operasi menyelamat ekoran hujan lebat sejak Ahad telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh di 19 daripada 25 daerah di negara itu.

No comments:

Post a Comment