Nur Jazlan Mohamed
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, masalah itu semakin rumit apabila sistem pemeriksaan pasport automatik di dua lapangan terbang terbabit kerap mengalami gangguan dan tidak boleh digunakan, sekaligus memudahkan aktiviti penyeludupan manusia berlaku, se­perti yang dilaporkan akhbar.
Katanya, apabila sistem pemeriksaan pasport automatik ti­dak berfungsi, anggota dan pegawai penguat kuasa imigresen yang bertugas perlu mela­kukan pemeriksaan secara manual dan mengecop setiap pasport orang yang masuk ke negara ini.
“Walau bagaimanapun, pegawai penguat kuasa imigresen berkenaan perlu memasukkan semula maklumat setiap pelancong itu ke dalam sistem automatik apabila ia telah selesai diselenggarakan.
“Memang agak melecehkan tapi pegawai pengu­at kuasa imigresen perlu faham situasi tersebut ke­rana ia memang tanggungjawab mereka dalam menjaga kese­lamatan pintu-pintu masuk utama negara ini.
“Gangguan pada sistem pemeriksaan pasport automatik itu bukan masalah besar kerana teknologi itu juga masih baharu digunakan di negara ini, sebab itu anggota dan pegawai penguat kuasa perlu memainkan peranan masing-masing sepanjang tempoh ia dibaiki,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan eks­klusif Utusan Malaysia hari ini iaitu berdasarkan siasatan polis, kira-kira 10 warga asing keluar menggunakan pasport palsu di KLIA dan KLIA2 setiap hari sejak awal tahun ini.
Menurut Nur Jazlan, pihaknya menyedari kes warga asing bolos di negara ini dan sentiasa melakukan pemantauan.