Search This Blog

Tuesday, May 10, 2016

Si mati dalam BMW eksekutif pengedaran



MAYAT Saravanan ditemui dalam kereta BMW di lombong Tasik Puchong, Taman Maju Jaya kelmarin.


PUTRAJAYA – Mayat lelaki yang ditemui disumbat di dalam but sebuah kereta BMW di lombong Tasik Puchong, Taman Maju Jaya kelmarin disyaki menjadi mangsa pembunuhan akibat dendam.
Mangsa ialah G. Saravanan, 29, yang berasal dari Jalan Desa Utama, Taman Deas, Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai eksekutif pengedaran.
Sebelum ditemui mati, isterinya membuat laporan polis di Brickfields mengenai kehilangannya pada pukul 5.30 petang 2 Mei lalu.
Mengikut maklumat, Saravanan merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan mempunyai dua orang anak berusia lima dan tiga tahun.
Abang mangsa, G. Sasikumar memberitahu, mereka sekeluarga terkejut apabila menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan adiknya dijumpai mati dalam kereta di sebuah lombong.
“Kami terima panggilan itu pada pukul 4 petang semalam (kelmarin) dan polis mengarahkan kami datang membuat pengecaman mayat,” kata Sasikumar ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Serdang dekat sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz48CLAE6wc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment