Search This Blog

Loading...

Saturday, May 14, 2016

Selesai empat kes curi kereta

Melaka: Polis daerah ini menyelesaikan empat kes membabitkan kecurian kereta dengan tertangkapnya lelaki di Lorong Pandan, di sini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 23 tahun berkenaan ditahan pada 1.40 pagi selepas pihak polis mendapati dia memandu kereta dilaporkan hilang April lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, hasil semakan nombor pendaftaran itu mendapati kereta berkenaan dilaporkan hilang di Bukit Baru.
Polis turut merampas tiga lagi kereta curi dalam masa 24 jam selepas suspek ditangkap.
"Daripada empat kereta yang dirampas itu sebuah daripadanya dilaporkan hilang di Setapak, Kuala Lumpur dan kesemunya belum dijual dan masih menunggu pembeli.
"Siasatan juga mendapati dia bersama seorang lagi suspek yang masih bergiat aktif menjalankan aktiviti ini sejak Februari lalu di sekitar negeri ini dan Kuala Lumpur," katanya.
Menurutnya, suspek kini direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2016 @ 9:59 PM


KERETA curi yang dirampas.

No comments:

Post a Comment