Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 10, 2016

RM6.65 juta lebur dalam 126 hari


Ditipu ‘saudagar’ Internet melalui 30 laman e-dagang
MASZUREEN HADZMAN  |  09 Mei 2016 6:01 PM





KUALA LUMPUR 8 Mei - Seramai 1,817 individu dilaporkan menjadi mangsa penipuan ‘saudagar’ Internet yang menggunakan lebih 30 laman e-dagang untuk mengaut keuntu­ngan mudah sejak Januari lalu hingga semalam.
Dalam tempoh itu, sebanyak RM6.65 juta lebur dikaut penjena­yah siber berkenaan.
Jumlah individu yang menjadi mangsa menunjukkan peningkatan sebanyak 33.6 peratus atau 611 orang berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu yang mencatatkan 1,206 orang dengan kerugian sebanyak RM5.64 juta.
Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, mangsa paling banyak ditipu melalui pembelian di laman mudah.my dengan 875 orang membabitkan kerugian RM1.93 juta diikuti Facebook iaitu 345 orang (RM1.27 juta).
Menurut beliau, turut digunakan penjenayah siber untuk menipu ialah aplikasi WeChat dengan 179 mangsa dan jumlah kerugian RM436,618, Instagram (60 mangsa dan kerugian RM235,900) dan WhatsApp (83 mangsa dan kerugian RM248,227).
“Peningkatan kes penipuan ini berlaku kerana pengguna kini lebih suka membeli barangan dalam talian dari dalam dan luar negara.
“Lebih ramai pembeli dalam talian bermakna jumlah penipu dan individu yang menjadi mangsa turut bertambah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Mohd. Kamarudin memberitahu, kebanyakan mangsa yang membuat laporan terdiri daripada pelajar universiti, suri rumah, pekerja pejabat dan mereka yang gemar melayari internet.
Katanya, sikap mudah percaya dengan tawaran harga murah dan tidak serik membeli barangan di internet walaupun mengetahui risiko yang akan diperdaya antara faktor penipuan ini terus berlaku.
“Jangan mudah terpedaya de­ngan tawaran jualan murah. Sepatutnya semak dahulu latar belakang penjual barulah membuat keputusan pembelian,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rm6-65-juta-lebur-dalam-126-hari-1.320243#sthash.SMYjAblf.dpuf

No comments:

Post a Comment