Search This Blog

Loading...

Wednesday, May 4, 2016

Polis buru pemilik pusat snuker




KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu lima lelaki termasuk seorang pemilik pusat snuker bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di sebuah pusat snuker di Taman Intan Baiduri, Kepong pada Ahad lalu.
Dalam kejadian pukul 8.45 malam, mangsa berusia 26 tahun itu dipukul dan dilarikan de­ngan sebuah kereta oleh suspek sebelum ditemui oleh orang awam di kawasan letak kenderaan berhampiran Taman Baiduri pada pukul 10 malam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, isteri mangsa yang turut berada di lokasi kejadian telah menelefon abang mangsa bagi memaklumkan kejadian.
“Abang mangsa bergegas ke lokasi kejadian sebelum membawa adiknya yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah ke Hospital Sela­yang.
“Mangsa disahkan tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalam otak kemudian dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan mati pada pukul 7 malam semalam (kelmarin),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini semalam.
Menurut Munusamy, hasil siasatan mendapati, mangsa dipukul dipercayai berkaitan dua kejadian samun yang dilakukan mangsa di pusat snooker tersebut pada April lalu.
“Lima suspek terlibat dalam kes ini namun pihak polis berjaya mengesan salah seorang daripada mereka iaitu pemilik sebuah pusat snuker bernama Chong Kai Weng @ Kelvin yang berusia 32 tahun.
“Kita minta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh hubungi bilik gerakan IPD Sentul 03-4048 2222 atau tampil di mana-mana balai berdekatan,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz47fxBxc8H 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment