Search This Blog

Monday, May 9, 2016

Penunggang motosikal maut langgar kereta


Melaka: Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Pantai Klebang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, mangsa, Nazri Zulfahmi, 21, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja sebelum terbabit kemalangan dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.


Bapa mangsa, Zulfahmi Abdul Rahman, 61, berkata, keluarga mereka terutama isterinya amat terkejut dengan kejadian yang menimpa arwah yang juga anak keenam daripada tujuh adik-beradik.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal Honda C100 dalam perjalanan dari persimpangan lampu isyarat Tiang Tiga menghala ke arah bulatan Dataran 1Malaysia sebelum bertembung dengan Proton Pesona dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu warga emas berusia 74 tahun memasuki laluan mangsa menyebabkan berlaku perlanggaran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 5:07 AM

KENDERAAN yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Pantai Klebang

No comments:

Post a Comment