Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Tiong Kim Chon, 62, ditemukan dalam keadaan terbaring di dalam premis perniagaannya dengan dua kesan tikaman di bahagian rusuk kirinya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, seorang suspek berusia 31 tahun berjaya ditangkap pada jarak 700 meter dari lokasi kejadian dipercayai ketika cuba melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.

“Sebilah pisau dijumpai di dalam beg silang yang berada pada badan suspek selain lelaki itu turut mengalami kecederaan di bahagian dada dipercayai ketika bergelut dengan mangsa.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai bermotifkan samun ekoran salah sebuah laci yang dipercayai tempat menyimpan wang dalam keadaan terbuka,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE