Search This Blog

Saturday, May 14, 2016

Parah ditimpa konkrit

St Petersburg: Seorang wanita cedera parah di kepala selepas dihempap bongkah konkrit yang jatuh dari sebuah balkoni ketika dia menolak kereta sorong anaknya.
Bagaimanapun, anaknya bernasib baik kerana tidak cedera.
Ibu berusia 31 tahun itu dikejarkan ke hospital dan dipercayai tenat.
Polis kini berusaha mencari saksi, tetapi percaya bongkah konkrit berkenaan jatuh dari balkoni sebuah bangunan kediaman.
Mereka menyifatkan ia kes jenayah kerana mengesyaki kejadian berpunca daripada kegagalan menyelenggara bangunan itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mei 2016 @ 5:06 AM


VIDEO menunjukkan detik wanita itu dihempap bongkah konkrit.

No comments:

Post a Comment