Search This Blog

Tuesday, May 10, 2016

Mayat juruterbang ditemui



Pasukan mencari dan menyelamat mengusung mayat Rudolf yang ditemui berhampiran Jeti Feri Triso ke Jeti Dewan Masyarakat Lingga, Sebuyau semalam.


KUCHING – Mayat ter­akhir juruterbang helikopter jenis Eurocopter AS350 yang terhempas di Batang Lupar, Sebuyau Khamis lalu akhirnya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) semalam.
Mayat milik juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas ditemui dalam keadaan terapung kira-kira 5.5 kilo­meter (km) dari Jeti Feri Triso, Sebuyau pukul 10.15 pagi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, penemuan terbaharu itu menjadikan kesemua enam mangsa nahas ber­kenaan sudah ditemui.
“Mayat lelaki yang percayai Rudolf itu dibawa naik ke Pusat Operasi SAR pada pukul 11.05 minit pagi sebelum di­terbangkan ke Hospital Umum Sarawak menggunakan helikopter Nuri untuk dibedah siasat,” kata beliau di Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak di sini semalam.
Menurut beliau, selain mayat, turut ditemui dalam operasi semalam ialah serpihan helikopter iaitu silinder udara mampat.
“Silinder udara itu dijumpai berhampiran mayat terakhir yang ditemui iaitu kira-kira satu jam selepas itu,” kata beliau.
Pada masa sama, Muhammad Sabtu memberitahu, usaha mengesan bangkai utama pesawat masih diteruskan.
“Operasi SAR tidak akan dihentikan kerana badan pesawat dan kotak hitam untuk mengetahui punca nahas belum ditemui,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz48CLJkTNd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment