Search This Blog

Loading...

Sunday, May 8, 2016

Lima mayat nahas helikopter telah dijumpai




Tanda nombor satu hingga lima merupakan lokasi penemuan lima mayat mangsa nahas helikopter AS350 di Batang Lupar semalam.


SRI AMAN – Misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi helikopter terhempas di Batang Lupar, Sarawak yang memasuki hari ketiga semalam berjaya me­nemui empat lagi mayat.
Ia menjadikan keseluruhan lima mangsa yang maut dalam nahas tersebut berjaya ditemui oleh pasukan SAR dan hanya tinggal seorang lagi mang­sa belum dijumpai.
Kesemua mayat yang ditemui semalam berada pada jarak kira-kira l0 kilometer antara satu sama lain.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, keempat-empat mayat itu masing-masing ditemui pada pukul 8.34 pagi 12.04 tengah hari, 3.20 petang dan 6 petang di sekitar Batang Lupar dekat sini.
Menurutnya, lokasi pertama mayat pertama dijumpai berhampiran Pulau Seduku, kira-kira 10 kilometer (km) dari Pusat Operasi SAR di Lingga.
“Mayat kedua dijumpai kira-kira lima kilometer dari Lingga dan mayat ketiga ditemui satu kilometer dengan lokasi pe­nemuan mayat Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komo­diti, Datuk Noriah Kasnon sebelum ini (Jumaat).
“Mayat keempat pula dijumpai pasukan SAR dalam keadaan terapung di Tanjung Peleban iaitu kira-kira tiga kilometer dari Pusat Operasi SAR,” katanya ketika ditemui di Pusat Operasi SAR di Lingga dekat sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz48228Hyz7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment