Search This Blog

Wednesday, May 18, 2016

Lima maut semasa gali telaga di India


NEW DELHI – Lima penduduk kampung kasta rendah meninggal dunia ketika cuba membina semula sebuah telaga lama di wilayah kering kontang di utara India, kata polis semalam ketika negara itu mengalami kemarau teruk.
Lima lelaki daripada kasta terendah di India, Dalit terkorban akibat terhidu gas beracun di dalam telaga itu di daerah Jind, negeri Haryana kelmarin ketika masuk untuk membersihkan sumber air itu.
Telaga terbiar itu tidak digunakan sejak enam tahun lalu dan gas beracun terkumpul di dalamnya.
“Kelima-lima lelaki itu menghidunya dan meninggal dunia,” kata timbalan ketua polis tempatan, Virender Singh.
Menurutnya, penduduk kampung telah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan, namun tiada tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di kawasan itu sehingga memaksa mereka menggali semula telaga itu.
India menghadapi krisis bekalan air paling teruk sejak beberapa tahun lalu. Satu pertiga daripada kira-kira 330 juta penduduk India kini menghadapi kemarau selepas dua kali musim tengkujuh.
Kekurangan hujan itu memaksa langkah ekstrem dilakukan termasuk mengehadkan bekalan air, me­nempatkan pengawal bersenjata di empangan dan menghantar tangki air ke beberapa kawasan paling teruk terjejas. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz48c4BUllJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment