KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan untuk  melepas dan membebaskan Ketua Penerangan Umno, Zamri Redzuan @Ridwan,50,  atas pertuduhan pecah amanah melibatkan cek bernilai RM4,350 dua tahun lalu.
Hakim Mohd Nasir Nordin, memutuskan demikian terhadap Zamri, selepas pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Ahmad Nidzam ‎Wan Omar memberitahu pihaknya telah menerima surat representasi daripada pihak pembelaan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.
"Pihak pendakwaan menerima representasi pihak pembelaan dan bersetuju dan memohon mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan menggunapakai Seksyen 376 dibaca bersama Seksyen 254 Kanun tatacara jenayah.
"Kita tarik balik kes, kita bersetuju dengan rayuan pihak pembelaan menerusi  representasi itu. Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dan wang jaminan dikembalikan,"jelas Wan Ahmad Nidzam ketika ditemui pemberita di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, pada pembicaraan April lalu, ‎Zamri  mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu dengan memasukkan cek jumlah tersebut ke dalam akaun peribadinya yang sepatutnya dibayar kepada tukang jahit namun ia tidak dibayar sepenuhnya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Cheras, dekat sini pada 27 Januari 2014.
Jika disabit dengan kesalahan, Zamri yang juga Ketua Umno Cawangan Jalan Pasar Pudu  bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dengan sebatan dan boleh didend