Search This Blog

Loading...

Saturday, May 14, 2016

Jual dadah cari duit sampingan



Beng KANG (tengah) menunjukkan sebahagian ganja mampat yang dirampas di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket pengedaran ganja bernilai RM270,000 setelah menahan dua lelaki tempatan dalam dua serbuan berasingan di negeri ini dan Perak Rabu lalu.
Dalam serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 12.10 tengah hari hingga 2.30 petang itu, kedua-dua suspek diberkas di rumah masing-masing iaitu di Kepala Batas, Seberang Perai Utara dekat sini dan di Terong, Taiping di Perak.
Operasi tersebut turut dibantu anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Ketua JSJN negeri, Superintendan Guan Beng Kang berkata, serbuan pertama dilakukan pasukannya di sebuah rumah teres dua tingkat di Kepala Batas dan berjaya menahan seorang jurujual kereta terpakai berusia 41 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz48bGNZcLQ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment