Search This Blog

Loading...

Thursday, May 19, 2016

Empat suspek samun dicekup

Miri: Empat lelaki dipercayai terbabit kes samun bersenjata di Krokop 10 Isnin lalu diberkas polis dalam tangkapan berasingan di Terminal Bas Pujut, 2 petang semalam dan di Permyjaya, 12.05 tengah malam tadi.
Dua suspek masing-masing berusia 23 tahun ditahan di Terminal Bas Pujut bersama kereta yang digunakan dalam kejadian samun itu manakala dua lagi suspek masing-masing berusia 29 tahun ditahan di kawasan Permyjaya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, polis turut menemui komputer riba mangsa yang disorokkan di bawah tempat duduk pemandu kereta yang digunakan suspek.
Menurutnya, semua suspek kemudianya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
"Polis percaya masih terdapat suspek lain yang terlibat dalam kes berkenaan dan usaha mengesan individu lain sedang dilakukan," katanya.
Sebelum ini, suami isteri berusia 74 dan 65 tahun menjadi mangsa samun tiga individu bersenjatakan pisau dan pistol tiruan di Krokop 10 pada 3 petang.
Dua suspek memasuki rumah mangsa dan melarikan komputer riba, tablet dan wang tunai RM500 manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.
Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak dicederakan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 6:28 PM


SUSPEK yang ditahan di Terminal Bas Pujut. FOTO Mohd Rizal Abdullah

1 comment:

  1. beritanya sangat bagus saya harap saya setiap hari membaca update artikelnya, terima kasih.
    apa itu jerawat
    penyebab jerawat

    ReplyDelete