ARDEBIL - IRAN. Seorang lelaki dihukum sebat 74 kali selepas dirakam mencampak seekor anjing ke sebuah kereta dan memukulnya dengan cangkul sehingga mati.
Menurut laporan Dailymail, orang ramai membuat laporan polis selepas video tersebut yang viral di laman sosial.
Lelaki tersebut yang merupakan pemilik anjing berkenaan tidak menyatakan sebab beliau membunuh haiwan tersebut.
Kes mendapat kecaman Timbalan Presiden Iran, Masoumeh Ebtekar yang juga merupakan Pengarah Organisasi Pemeliharaan Alam.
April lepas, Masoumeh menggesa siasatan dijalankan selepas sebuah video menunjukkan anjing liar dibunuh dengan kecam menjadi viral.