Kejadian kira-kira pukul 7 ma­lam itu melibatkan kawasan pintu masuk Universiti Malaya (UM) di Jalan Lingkungan Budi dan di hadapan Duta Vista, Jalan Sultan Abdul Halim menghala ke Damansara.
Ini merupakan kejadian banjir pertama di kedua-dua kawasan tersebut pada tahun ini.
Dalam kejadian itu, sebanyak 11 mangsa diselamatkan terma­suk seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang pitam akibat sesak nafas.
Penolong Pengarah Operasi Ja­batan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kebanyakan kenderaan tenggelam sehingga paras enjin.
Beliau berkata, sehingga pukul 10.10 malam ini, kesemua kende­raan tersebut masih tersadai di lokasi banjir kerana mengalami kerosakan.
“Sebanyak 100 kereta tenggelam di hadapan Duta Vista manakala 15 lagi di pintu masuk Universiti Malaya.
“Banjir di pintu masuk UM naik hingga ke paras dada dengan arus deras sehingga 11 pemandu dan penumpang kenderaan yang terpe­rangkap terpaksa naik ke atas bumbung kereta. Mereka diselamatkan selepas air surut pada pukul 8.16 malam,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Menurut Azizan, sebanyak 22 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Gombak Selatan, Seputeh dan Pantai ditugaskan ke lokasi kejadian.
Tambahnya, usaha untuk me­nga­lihkan semua kenderaan yang terlibat masih dijalankan dan di­jang­ka selesai tengah malam ini.