Search This Blog

Loading...

Thursday, May 12, 2016

Ahli perniagaan warga Iran didakwa tanam pokok ganja




KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Iran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menanam pokok ganja di sebuah kondominium, bulan lepas.
Tertuduh, Sharif Kazem Ahmad (gambar), 33, bagaimanapun me­ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hasbi Hassan.
Mengikut pertuduhan, Sharif yang merupakan ahli perniagaan didakwa menanam lapan pokok ganja di Blok A-5-6 Villa Kondominium Laman Tasik, Jalan Sri Permaisuri di sini pada pukul 6.40 petang, 27 April lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan minimum enam sebatan jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan tinggal di negara ini melebihi masa selepas pas lawatan sosialnya tamat pada 27 April lepas.
Mahkamah kemudian menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan ahli kimia. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz48O2Rbv9Z 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment