Search This Blog

Loading...

Saturday, May 14, 2016

92 pengawal keselamatan dicekup



Abdul Hamid (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan empat laras senapang patah yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Polis menahan 92 pengawal keselamatan dan merampas empat laras senapang patah dalam Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Pematuhan ke atas pengawal keselamatan di sekitar Lembah Klang.
Operasi selama dua hari yang bermula sejak Rabu lalu itu dijalankan di sekolah, pusat beli-belah, bank, kedai emas, premis pengurup wang, kawasan perumahan dan tapak pembinaan yang menggajikan pengawal keselamatan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd. Ali berkata, operasi bersepadu tersebut dilaksanakan oleh polis bahagian perlesenan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur terhadap pengawal keselamatan bersenjata dan tidak bersenjata untuk memastikan mereka tidak melanggar undang-undang serta peraturan yang ditetapkan seperti tidak memiliki dokumen, visa yang tamat tempoh atau penyalahgunaan permit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz48bGC98Fi 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment