Search This Blog

Loading...

Thursday, May 12, 2016

88 penagih dadah ditahan di Seri Manjung

UTARA KHAMIS, 12 MEI 2016 @ 3:46 PM

 Oleh Noor Hidayah Tanzizi bhnews@bh.com.my

 SEBAHAGIAN daripada 88 orang penagih yang ditahan dalam Ops Cegah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan di sekitar Manjung. - Foto Noor Hiadayah Tanzizi


SERI MANJUNG: Seramai 88 penagih dadah ditahan dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekitar daerah ini yang bermula malam tadi sehingga tengah hari tadi.

Operasi bermula jam 11 malam dan berakhir jam 12 tengah hari, membabitkan AADK, polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Jabatan Agama Islam Perak.

 Mereka yang ditahan berusia 18 hingga 60 tahun selepas ujian air kencing positif dadah.  Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK negeri, Mokhtarudin Mohamad, berkata serbuan dilakukan di beberapa pusat hiburan, ladang kelapa sawit, rumah kediaman dan perairan Pulau Pangkor di sekitar daerah ini hasil risikan pihaknya selama dua minggu.

 "Seramai 15 daripada penagih terbabit adalah Orang Kena Pengawasan. Kami turut menemui lima paket heroin seberat lima gram, methaphatamine serta peralatan menghisap dadah," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.  

Mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (pindaan 1998) yang membawa hukuman dihantar ke Pusat Pemulihan atau Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/152922

No comments:

Post a Comment