Search This Blog

Thursday, May 12, 2016

76 wanita warga asing ditahan

Johor Bahru: Polis Johor menahan 76 wanita warga asing berusia 19 hingga 35 tahun dalam Ops Noda di pusat hiburan di Jalan Datuk Sulaiman di sini, tengah malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, penahanan semua wanita terbabit bersama seorang lelaki dilakukan pasukannya pada 12.03 tengah malam.
Katanya, operasi terbabit disertai empat pegawai dan 22 anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat Dan Kongsi Gelap (D7), Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).
"Serbuan disertai Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Selatan dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Iskandar Puteri menahan 35 warganegara Vietnam, China (25), Thailand (14), masing-masing seorang dari Laos dan Kemboja.
"Polis turut menyelamatkan dua perempuan Vietnam berusia 16 dan 17 tahun," katanya.
Katanya, 88 pelanggan tempatan berusia 18 hingga 50 tahun diperiksa.
"Antara kesalahan termasuk Seksyen 11 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Johor (ENJ), Seksyen 55 Akta Imigresen 1953/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1953/63.
"Mereka juga ditahan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1953/63 dan Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migram (ATIPSOM)," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 12:01 PM


Sebahagian wanita warga asing yang ditahan. FOTO ihsan PDRM

No comments:

Post a Comment