Search This Blog

Loading...

Monday, May 9, 2016

73 rentung



Agensi
Kabul: Seramai 73 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera apabila dua bas yang berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak di lebuh raya di Ghazni, wilayah tengah Afghanistan, menyebabkan letupan besar.

Jurucakap gabenor Ghazni, Jawid Salangi berkata, kedua-dua bas itu yang membawa kira-kira 125 penumpang berlepas dari Kabul menuju ke Kandahar di selatan negara itu apabila bertembung dengan lori tangki terbabit yang datang dari arah bertentangan.


Letupan dan kebakaran yang berlaku memusnahkan ketiga-tiga kenderaan dalam masa yang singkat.

Kebanyakan yang mati, termasuk wanita dan kanak-kanak rentung.

Jawid berkata tentera dikerah membantu bomba untuk mengeluarkan mayat. Penduduk disekitar tempat kejadian juga menghulurkan bantuan.

Ramai yang cedera dikatakan tenat.

Sementara itu, pengarah trafik Ghazni, Mohammadullah Ahmadi berkata, bas terbabit bergerak di belakang satu sama lain ketika kejadian jam tujuh pagi itu.

Kemalangan sering berlaku di Afghanistan kerana keadaan jalan raya yang buruk dan undang-undang jalan raya jarang dipatuhi.

Bagaimanapun, dengan standard lebuh raya yang terkenal teruk di negara itu, kemalangan semalam dianggap amat teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 8:07 AM

KEADAAN selepas kemalangan berkenaan di Ghazni.

No comments:

Post a Comment