Search This Blog

Sunday, May 8, 2016

6 pekerja terbunuh selepas kilang mercun meletup

Suphan Buri: Enam pekerja warga Myanmar maut kelmarin selepas sebuah rumah yang dijadikan kilang membuat mercun secara haram meletup, kata polis.
Letupan kuat berlaku kira-kira jam 9 malam (waktu tempatan) di sebuah rumah berhampiran Khlong 19 di Plabplachai di daerah U Thong.
Polis yang tiba di lokasi kejadian hanya melihat sisa runtuhan rumah bersama cebisan mayat mangsa yang bertaburan.
Mangsa yang terbunuh dipercayai empat lelaki dan dua wanita yang berasal dari Myanmar.
Jurucakap polis, Sayam Suanin berkata, pekerja berkenaan dipercayai sedang membuat mercun yang besar sebelum ia tiba-tiba meletup.
Katanya, polis juga sudah mengenal pasti pemilik kilang haram itu yang dipercayai menjual mercun berkenaan kepada petani untuk menghalau haiwan.
“Kami sukar mengenal pasti mangsa kerana sudah rentung dan berkecai,” katanya.
Mercun yang dibuat secara haram popular di Thailand kerana sering digunakan petani untuk menghalau haiwan perosak dan ketika menyambut perayaan. -
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 5:05 AM

KEADAAN kilang mercun haram yang musnah dalam satu letupan kelmarin.

No comments:

Post a Comment