Search This Blog

Loading...

Thursday, May 12, 2016

15 maut nahas bas di Burkina

Kemalangan bas di Burkina Faso meragut nyawa sekurang-kurangnya 15 orang, menurut laporan pemandu hilang kawalan bas sambil memandu laju. - Foto REUTERS

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 30 lagi cedera dalam nahas bas di Burkina Faso pada Isnin, kata polis negara itu.
Kemalangan berlaku di kawasan Toece, 70 kilometer (45 batu) selatan ibu negara Ouagadougou ketika kenderaan terbabit dalam berjalanan menuju bandar selatan Manga.
Ketua Polis Toece, Sami Da berkata, pemandu hilang kawalan ketika memecut sewaktu laluan tiba-tiba terhalang.
Kemalangan maut adalah perkara biasa di Burkina Faso memandangkan keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik dan nahas kerap berlaku disebabkan kesilapan manusia dan keadaan kenderaan yang teruk.
Pada November 2008 nahas membabitkan sebuah lori dan bas menyebabkan 72 orang terkorban di jalan antara Ouagadougou dan Bobo-Dioulasso, wilayah ekonomi utama negara berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment