Search This Blog

Monday, May 9, 2016

13 kenderaan rosak dirempuh lori



Kota Kinabalu: “Dia (pemandu lori) bukan sahaja merempuh beberapa kenderaan, malah nyaris melanggar seorang lelaki cuba memberhentikan tindakan lelaki berkenaan daripada merempuh keretanya,” kata Halwi Mapa, 43, salah seorang mangsa yang kenderaannya rosak selepas dilanggar sebuah lori dalam kejadian di Jalan Pantai, semalam.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi, 13 kenderaan mengalami kerosakan termasuk Proton Exora milik Halwi dan beberapa kenderaan lain antaranya Toyota Avanza, Proton Saga BLM, Toyota Corolla, Proton Perdana, Nissan Almera, Perodua Myvi, Perodua Viva dan Hyundai Atos.


Selain itu, turut dirempuh sebuah pikap dan sebuah bas ekspres.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan manakala pemandu lori satu tan itu dipercayai melarikan diri dengan meninggalkan lori dipandunya berhampiran lokasi kejadian.

Menurut Halwi, ketika kejadian, dia berada di luar kenderaannya sambil menunggu isterinya yang membeli barang di pasar minggu dan secara tiba-tiba, sebuah lori merempuh sebuah kereta di belakang lalu merempuh kenderaannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 5:07 AM

LORI dipercayai merempuh 13 kenderaan di Jalan Pantai, Kota Kinabalu.

No comments:

Post a Comment