Search This Blog

Saturday, April 2, 2016

Warga Amerika Latin buat jahat lagi


Adnan (kiri sekali) menunjukkan jubah yang dirampas daripada warga Colombia yang terlibat dalam kejadian pecah rumah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Polis berjaya membongkar taktik baharu sindiket pecah rumah melibatkan warga Amerika Latin yang memakai jubah dan kopiah sebelum memecah masuk rumah mang­sa-mangsanya ekoran tertangkap sepasang warga Colombia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, kedua-dua suspek berusia 37 dan 39 tahun itu ditahan pada pukul 9 malam di tempat letak kereta di sebuah kondominium di Kampung Datuk Keramat di ibu negara selepas polis mengekori kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dinaiki pasangan itu.
“Pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek itu tidak mempunyai dokumen perjalanan dan mereka dipercayai hanya rakan sepenjenayah,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, pemeriksaan ke atas kereta itu pula menjumpai beberapa peralatan pecah rumah termasuk sarung tangan dan topeng dalam kereta tersebut.
Polis turut menemui sebilah pisau benet pada badan suspek lelaki. Benet merupakan pisau yang dipasang pada mucung raifal untuk bertempur dengan musuh.
Susulan itu, Adnan memberitahu, pasangan suspek itu membawa polis memeriksa sebuah kereta Perodua Viva yang diletakkan di lokasi sama. Kereta Perodua Viva itu dikatakan digunakan oleh ke­dua-dua suspek ketika mereka mencari rumah untuk dirompak.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz44daEzJgS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment