Search This Blog

Sunday, April 3, 2016

Wanita terjun bangunan elak dirogol


AGENSI - BLOK pangsapuri yang disewa mangsa daripada seorang ejen perumahan yang menjadi suspek utama kejadian tersebut.


ISTANBUL – Seorang model maut selepas nekad terjun dalam keadaan bogel dari sebuah pangsapuri bagi mengelak daripada dirogol dalam satu kejadian di sini baru-baru ini.
Kejadian berlaku selepas Gulay Bursali, 20, dan teman lelaki­nya, Engin O dilaporkan baru pulang selepas keluar berhibur bersama beberapa orang rakan sebelum ejen yang menyewakan rumah itu bersama seorang rakannya tiba-tiba muncul.
Suspek membuat helah untuk mengambil sesuatu barang untuk masuk ke pangsapuri tersebut sebelum memukul Engin, merampas telefon bimbitnya dan me­ngurungnya di dalam salah sebuah bilik.
Kedua-dua lelaki itu kemudian mengunci mangsa di dalam sebuah bilik berasingan dan menanggalkan pakaiannya sebelum mengugut untuk merogolnya.
“Saya ada mendengar orang meminta tolong dan kemudian saya melihat seorang gadis berbogel di tingkap pangsapuri itu, dia menjerit ‘jangan tarik saya ma­suk, jika tidak saya akan terjun’.
“Orang di dalam pangsapuri itu menjerit menyuruhnya masuk semula dan mengatakan mereka akan menelefon polis. Mangsa tidak mengendahkan mereka, dia membuat ugutan sama dua kali lagi sambil me­minta tolong,” kata seorang saksi kepada stesen te­levisyen tempatan.
Saksi itu memaklumkan, dia tidak mencelah kerana khuatir mangsa akan terjatuh jika terkejut tetapi ketika dia sedang menelefon polis, wanita tersebut sudah terjun dan mati di tempat kejadian.
Engin kemudian dibebaskan dari dalam pangsapuri tersebut oleh pasukan polis, manakala ejen perumahan dan rakannya itu masih diburu pihak berkuasa.
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz44iWUBq4n 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment