Search This Blog

Monday, April 4, 2016

Wanita maut kereta dirempuh

Prai: Wanita maut dalam kemalangan tiga kereta di Kilometer 3.8 Jambatan Pulau Pinang arah Prai, pagi tadi.
Dalam kemalangan 4 pagi itu, kereta Audi dipandu lelaki merempuh Perodua Kelisa dipandu mangsa T Deepa, 28, yang bersama dua rakannya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, sejurus dirempuh, kereta dipandu wanita yang juga kerani berkenaan merempuh sebuah Proton Waja di depannya menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.
Beliau berkata, mangsa yang parah kemudian dihantar ke Hospital Pantai, Bayan Lepas sebelum meninggal dunia, 6 pagi tad.
Katanya, dua lagi rakannya yang parah masih menerima rawatan.
"Pemandu dan penumpang Waja mengalami kecederaan dan dirawat sebgai pesakit luar," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, pemandu Audi itu juga sudah diambil keterangan sejurus mendapat rawatan.
Rusli juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 5:06 PM

KERETA yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan pembaca

No comments:

Post a Comment