Search This Blog

Tuesday, April 5, 2016

Wanita maut dipercayai dipukul suami mabuk

SELASA, 5 APRIL 2016 @ 6:22 PM

Oleh Norashikin Leman
bhnews@bh.com.my



SHAH ALAM: Seorang wanita mati, dipercayai dipukul suaminya selepas mereka bertengkar di rumah di Seksyen 20, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa berusia 60 tahun, dikatakan meninggal dunia kerana cedera parah di kepala akibat dipukul menggunakan batang pengelap lantai oleh suaminya yang juga berusia 60 tahun. Ketika kejadian, hanya mereka berdua berada di rumah.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata polis menerima laporan kejadian pada jam 1 tengah hari sebelum unit forensik dan unit anjing pengesan dihantar ke lokasi.

Katanya, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suaminya yang dipercayai mabuk sebelum mangsa dipukul dengan batang pengelap lantai.

"Siasatan lanjut mendapati suspek menghidap kencing manis dan tidak mampu berjalan keluar dari rumah. Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan punca sebenar kematian dan menahan suami mangsa untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

No comments:

Post a Comment